Wednesday, September 10, 2008

selepas sodomi.. kesejahteraan Rakyat diperjudikan!

Saya amat keliru dan rasa lucu juga dengan 16 sept. Sekiranya BN rasa itu sendiwara Anwar belaka, kenapa BN setiap hari memberi ruangan khas dengan menyiarkan macam2 tulisan,kritikan,sindiran yang mencaci,mengeji Anwar bertalu talu di semua media massa yang dibawah kuasa BN. Tambahan lagi tindakan kerajaan pada saat akhir menghantar rombongan lawatan sambil belajar menunjukan betapa terdesaknya kerajaan untuk menangani cabaran 16 sept. Sementara itu TPM pula buat lawak bodoh dengan mengatakan bahawa lawatan itu tidak ada sangkut pauh langsung dengan 16-sept .

Yang pelik ada macam2 activiti anjuran kerajaan sekitar 16-sept. Sotumadu rasa setelah cubaan BN menghancurkan karier Anwar melalui tuduhan sodomi yang melampui batasan gagal, keputusan Permatang Pauh boleh dianggap bahawa rakyat dah celik dan tak mudah terpengaruh dengan tomahan,fitnah yang kerterlaluan. Si bahalol racist dengan penyokong ekstrimis dari penang pulak sanggup pertaruhkan kesejahteraan,kemakmuran rakyat yang secara langsung berlandaskan prinsip Islam yang tidak mengira warna kulit,bahasa,keturunan,bangsa dan agama dalam menyatu padukan rakyat sehingga kini untuk menyelamatkan parti UMNO dari "Natural Death". Apakah parti lebih penting dari kemakmuran Rakyat?


1 comment:

Unknown said...

Sothumadu looks like attu soothu